PKR Guna Hari Jadi Anwar Untuk Pungut Derma Politik

Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR ) melancarkan kutipan derma RM50 ringgit sempena hari lahir Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Pengarah Biro Strategi parti itu, Sim Tze Tzin berkata kutipan tersebut dibuat dengan menjual poskad hari jadi Anwar dengan harga RM50 setiap satu.

 

“PKR telah menyediakan seribu kad hari jadi dan orang ramai boleh menyumbangkan lima puluh ringgit atau lebih untuk memberi sepucuk kad hari jadi.

 

“Poskad hari jadi bakal dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos, iaitu hari jadi beliau.

 

“Kami menyeru rakyat Malaysia menunjukkan kasih sayang dan kesetiaan kepada DSAI dengan menyumbang kepada kad hari jadi ini,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Jumaat.

 

Ahli Parlimen Bayan Baru itu, menambah, kutipan derma yang dibuat parti pembangkang ini berbeza dengan apa yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

 

“Kami menyeru orang ramai menderma sebanyak RM50 ringgit sahaja. kita nak biasakan rakyat untuk membuat derma politik secara kecil-kecilan supaya rakyat Malaysia peka dengan perkembagan politik.

 

“Setakat ini, kami hanya menerima RM400 sahaja. Untuk mencapai RM2.6billion, kita akan memerlukan 52juta dermawan,” sindir beliau merujuk kepada derma RM2.6billion yang dimasukan ke akuan peribadi Perdana Menteri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.