Pilihan Raya Sarawak Mungkin Lebih Awal?

Kuala Lumpur – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi bayangan kemungkinan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) akan diadakan lebih awal.

 

Telahan itu dibuat selepas beliau mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Datuk Naroden Majais dan ADUN Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan berkenaan.

 

Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi itu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas mengambil kira sokongan di peringkat akar umbi, selain maklum balas positif pengundi setempat.

 

“Kita (BN) mahu menang lebih banyak kerusi (DUN) dalam pilihan raya akan datang, …biar kita menguasai lebih banyak kawasan agar suara kita lebih kuat bukan hanya dalam Persidangan DUN, malah dapat didengari hingga ke peringkat Kerajaan Pusat.

 

“Bila kita memperoleh mandat lebih besar, sudah tentu kepimpinan BN Pusat memberi tumpuan kepada negeri ini, termasuk menyalurkan pelbagai bantuan dan peruntukan dalam memastikan kesinambungan agenda pembangunan yang dirancang, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar,” katanya yang dipetik daripada akhbar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.