Perancis Hantar Anggota Tambahan Cari MH370

PARIS – Perancis akan mula menghantar pasukan maritim dan udara yang baharu di Pulau Reunion di Lautan Hindi mulai hari ini bagi meningkatkan usaha mencari bangkai pesawat malang MH370.

 

“Ia sudah diputuskan susulan permintaan dari Presiden dan Perdana Menteri sesuai dengan keperluan siasatan. Justeru penghantaran anggota tambahan untuk operasi di laut dan udara dilakukan di sekitar perairan Reunion,” kata kenyataan Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Perancis.

 

Malaysia sebelum ini berkata, bahagian sayap yang ditemui di Reunion adalah milik MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu dengan 239 orang di dalam pesawat ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.