Pemuda PAS Hantar Memorandum Sokong SPRM

SHAH ALAM – Pemuda Pas Selangor  hari ini menyerahkan memorandum sokongan ‎terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor  dalam isu siasatan ke atas dana SRC International Sdn, Bhd.

 

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, simbolik kepada penyerahan memorandum itu adalah bagi menunjukkan sokongan bersama Pas dengan SPRM.

 

“Kita minta,supaya pegawai-pegawai  dalam  SPRM agar   terus istiqamah untuk menjalankan siasatan bagi mencari kebenaran.

 

” Insya-ALLAH  kebenaran pasti akan bertemu kita harapkan pihak parti,masyarakat   dapat memberikan sokongan yang baik kepada SPRM dan saya nasihatkan rakan media supaya dapat bantu untuk menyebarkan berita yang tepat sedikit sebanyak memudahkan SPRM menjalankan siasatan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SPRM Selangor pagi ini.

 

Sementara itu menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pencegahan SPRM Selangor Azman Noha berkata, pihak SPRM menyambut baik sokongan yang diberikan oleh Pas dan masyarakat keseluruhan.

 

“Alhamdulillah dapat  sokongan yang diberikan Pemuda Pas dan akan menguatkan lagi azam kami untuk teruskan siasatan.

 

” Terima kasih banyak-banyak kepada Pemuda Pas yang datang menyatakan sokongan mereka kepada kami terutama menghadapi saat-saat  yang agak mencabar ini,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.