Video: Pasaran Modal 20 Syarikat GLC Meningkat Tiga Kali Ganda – PM

Kuala Lumpur – Permodalan pasaran G20 atau 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama, meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM386 bilion berbanding RM134 bilion bagi tempoh Mei 2004 hingga Julai 2015, mencecah paras tertinggi RM431 bilion pada 7 April, 2015.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam tempoh yang sama, jumlah pulangan pemegang saham meningkat 11.1 peratus setahun.

 

 

“Keuntungan bersih G20 mencecah RM26.2 bilion pada tahun kewangan 2014 dan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 10.2 peratus dari 2004 hingga 2014.

 

“G20 berjaya menembusi pasaran asing,” katanya dalam ucaptama pada majlis penyampaian ijazah Program Transformasi GLC di sini hari ini.

 

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata aset saham luar negara G20 tumbuh 26 peratus pada 2014 berbanding 11 peratus pada 2004, manakala pulangan hasil luar negara meningkat kepada 34 peratus daripada 28 peratus dalam tempoh yang sama. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.