Militan IS Jual Banduan Remaja Sebagai Hamba Seks

KUMPULAN militan IS dilapor mengeluarkan sebuah risalah memuatkan senarai penuh banduan dalam tawanan untuk dijual.

 

Risalah itu dikatakan turut memuatkan harga spesifik bagi setiap banduan yang kebiasaannya dijual sebagai hamba seks.

 

Perkara itu didedahkan oleh wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zainab Bangura kepada Bloomberg.

 

Menurut Zainab, risalah itu mula dimuat naik di internet pada November tahun lalu, namun beliau berjaya mendapatkan salinan yang dicetak semasa berada di Iraq pada April tahun ini.

 

“Mereka didagangkan seperti tong-tong minyak. Seorang gadis boleh dijual dan dibeli oleh lima atau lelaki berbeza,” ujarnya.

 

Kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun turut dijual kepada para pejuang militan IS dengan harga serendah AS$165 (RM650).

 

Berdasarkan pemerhatian terhadap risalah itu, Zainab berkata harga banduan akan berkurangan jika umur semakin meningkat.

 

Tambah Zainab, gadis remaja dijual pada harga AS$124 (RM485) manakala wanita berumur 20 tahun dan ke atas dijual dengan harga yang lebih murah.

 

“IS mempunyai ‘jabatan khas’ yang mengendalikan proses jual beli hamba ini. Sistem berkenaan membuatkan IS sedikit berbeza daripada kumpulan militan yang lain,” ujar Zainab yang juga aktif sebagai aktivis di Sierra Leone.

 

Zainab turut menambah, para pemimpin kumpulan pengganas itu lazimnya akan membuat pilihan terlebih dahulu sebelum orang luar boleh membida baki tahanan yang lain.

 

Ada juga kes di mana kumpulan militan ini menjual semula gadis-gadis itu kepada keluarga mereka dengan bayaran tebusan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.