MH370: Isteri Kru Dakwa MAS Pembohong

Kuala Lumpur – Isteri anak kapal pesawat MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, meluahkan rasa kurang senangnya berikutan tidak mendapat maklumat berhubung perkembangan tragedi pesawat berkenaan.

 

Berita Harian melaporkan Intan Maizura Othman, 35, mendakwa tidak dimaklumkan mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal pagi semalam.

 

Meluahkan perasaan menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya, beliau antara lain mendakwa ahli keluarga suaminya termasuk ibu bapa mentua juga tidak menerima makluman daripada MAS.

 

“MAS, semua empat kenyataan yang disampaikan di televisyen adalah pembohongan. Tidak ada sesiapa daripada ahli keluarga suami, ibu bapa dan saya sendiri sebagai isteri, menerima makluman berkaitan pengumuman itu.

 

“Sejak hari pertama (kehilangan MH370) sehingga kini, semua orang dibohongi. Cukuplah dan berhenti daripada terus membuat kenyataan palsu kepada seluruh dunia.

 

“Saya tidak kagum dengan drama anda malam ini, terima kasih,” katanya melalui akaun Instagram miliknya, sejurus pengumuman tersebut.

 

Beliau turut berterima kasih kepada pihak media kerana banyak menyampaikan maklumat kepada waris MH370.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.