Helikopter Tentera Pakistan Terhempas, Ragut 12 Nyawa

Islamabad – Sekurang-kurangnya dua belas orang terbunuh apabila sebuah helikopter milik tentera Pakistan terhempas di barat laut negara berkenaan, semalam.

 

Menurut pegawai polis kanan, Nujeebur Rehman, sebelas mayat ditemui di tempat kejadian dekat bandar Mansehra di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 170 kilometer ke utara Islamabad.

 

Mayat yang ditemui dalam keadaan rentung dan sukar dikenal pasti manakala helikopter yang membawa bekalan bantuan dan ubatan ke bandar utara Gilgit masih terbakar, tambahnya.

 

Pesawat buatan Russia, Mi-17 yang digunakan tentera udara di seluruh dunia, mempunyai rekod keselamatan yang kurang memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.