Azmin Ali Kena ‘Sound’ Dengan Ketua Polis

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya ‘duduk diam-diam’ dan tidak mengganggu tugas polis.

 

Teguran itu dibuat susulan kenyataan Azmin yang mendesak polis berhenti mengganggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“YAB MB Selangor, kalau tak tau hujung pangkal tugas yg @PDRMsia dan @SPRMMalaysia buat, eloklah diam. Jgn pulak nanti mengganggu tugas kami,” tulis Khalid menerusi akaun Twitter.

 

Azmin pada Rabu lalu berkata, tindakan polis melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM merupakan cubaan untuk campur tangan terhadap siasatan 1MDB dan perbuatan itu perlu dihentikan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.