Argentina Kekal Nombor Satu Ranking FIFA

Zurich – Juara dunia, Jerman tercicir ke kedudukan ketiga ranking dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) dan  Argentina kekal di kedudukan nombor satu.

 

Kedudukan di tempat kedua yang sebelum ini diduduki Jerman yang menjulang Piala Dunia tahun lalu di Brazil dipintas Belgium.

 

Begitupun, kuasa besar bola sepak Eropah yang tercicir paling jauh ialah Belanda yang kini menghuni ranking ke-12 dunia.

 

Belanda meraih tempat ketiga di Piala Dunia tahun lalu.

 

Colombia kekal di kedudukan keempat dunia diikuti Brazil dan Portugal.

 

Juara Copa America, Chile mendaki ke kedudukan ke-10 dunia manakala juara Piala Emas CONCACAF, Mexico mencantas 14 kedudukan untuk berada di ranking ke-26 dengan finalis, Jamaica di kedudukan ke-55.

 

 

Berikut kedudukan terbaharu ranking dunia FIFA yang dikeluarkan semalam.
Argentina (1)
Belgium (3)
Jerman (2)
Colombia (4)
Brazil (6)
Portugal (7)
Romania (8)
England (9)
Wales (10)
Chile (11)
Sepanyol (12)
Belanda (5)
Croatia (14)
Slovakia (tie). Austria (15)
Itali (17)
Switzerland
Uruguay (13)
Algeria (19)
Republik Czech (20)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.