Anggota Bomba Selamatkan Lelaki Terjun Sungai

Shah Alam – Seorang lelaki berusia 30-an diselamatkan anggota bomba daripada lemas di Sungai Klang berhampiran Jambatan Sri Muda, Seksyen 25, di sini, malam tadi.

 

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa dikatakan terjun ke sungai berkenaan.

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu.

 

“Kami menerima panggilan pada 8 malam dan sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.

 

“Kami mengambil masa 30 minit untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang ditemui pada 8.38 malam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.