MH17: Mesyuarat Kabinet Rabu Putuskan Tarikh Bawa Pulang Jenazah Mangsa

Kuala Lumpur – Tarikh upacara menerima jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 akan ditentukan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama jemaah menteri dan keputusan mengenainya akan diumumkan selepas itu.

“Saya faham sangat kerana keperitan dan luahan rakyat biasa amat unik dan cara bagaimana untuk libatkan mereka ini perlu mendapat keputusan jemaah menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Menyambut Jenazah Nahas MH17 di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.