Kahwin Adik Sendiri

razil – Seorang wanita tidak menyangka pertemuan semula dengan ibunya yang berpisah sejak berusia setahun, mendedahkan berita mengejutkan.

Adriana, 39 tahun, terperanjat apabila mengetahui dia telah mengahwini adik lelakinya, Leandro, 37 tahun.

Berita itu dikongsi Adriana menerusi sebuah program radio, Radio Globo’s The Time Is Now.

Jelasnya, dia hanya mengetahui perkara sebenar minggu lalu, selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya.

“Saya tidak percaya apa yang anda katakan bahawa Leandro adalah adik saya,” katanya sambil menangis ketika kali pertama ditemu bual stesen radio berkenaan pada hari ibunya, Maria, dijumpai.

Adriana dan Leandro yang sudah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah mengenali satu sama lain, kerana mereka berpisah ketika masih bayi.

Namun, pendedahan itu sedikit pun tidak merenggangkan hubungan pasangan berkenaan, sebaliknya mereka menegaskan akan terus bersama.

“Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini, saya menganggap ia sesuatu yang melucukan, apabila nama ibu kami sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,” katanya.

News.com.au melaporkan, pendedahan itu bermula, apabila Adriana dan Leandro cuba mencari dan mengesan ibu mereka, namun tidak menyedari wanita yang dicari itu adalah orang yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.