HONOR sekali lagi mencabar had teknologi dengan pelancaran telefon boleh lipat terbarunya, HONOR Magic V5. Dengan reka bentuk paling nipis dalam kelasnya, HONOR Magic V5 hadir bersama janji besar “Slimmest, With No Compromise”. Tetapi adakah benar peranti ini menawarkan prestasi terbaik tanpa sebarang pengorbanan? Kami menjalankan ujian dunia sebenar dalam tiga aspek utama iaitu bateri, kamera dan ketahanan. Hasilnya cukup meyakinkan.
HONOR Magic V5 akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Julai ini, dan anda boleh menontonnya secara langsung di semua platform media sosial rasmi HONOR Malaysia.
Tiada Kompromi pada Bateri
HONOR Magic V5 dikuasakan oleh bateri silikon-karbon berkapasiti 5820mAh, yang terbesar dalam segmen foldable. Kami menjalankan beberapa ujian untuk menilai prestasi sebenar bateri ini:
Ujian pertama melibatkan penstriman video HD selama lima jam menggunakan skrin dalaman. Keputusan menunjukkan bateri hanya susut sekitar 38%, menunjukkan penggunaan tenaga yang cekap. Seterusnya, kami bermain permainan dengan grafik tinggi selama satu jam dan bateri hanya turun sekitar 14%, tanpa peningkatan suhu yang ketara.
Dari segi pengecasan, Magic V5 menyokong pengecasan pantas 66W secara berwayar dan 50W tanpa wayar melalui HONOR SuperCharge. Ujian pengecasan dari kosong hingga penuh dengan pengecas 66W hanya mengambil masa 42 minit. Malah dalam masa 15 minit pertama sahaja, peranti sudah mencapai 58% pengecasan.
Secara keseluruhan, walaupun peranti ini sangat nipis, ia tetap memberi prestasi bateri yang mengagumkan tanpa sebarang kompromi.
Tiada Kompromi pada Kamera
HONOR Magic V5 hadir dengan kamera periskop 64MP yang menyokong zoom sehingga 100 kali, dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization) dan EIS (Electronic Image Stabilization). Gabungan ini menjadikannya salah satu kamera terbaik dalam kategori telefon boleh lipat.
Kami menjalankan beberapa ujian berasaskan fungsi AI Imaging. Untuk mod AI Enhanced Portrait, kami mengambil potret jarak dekat pada pelbagai panjang fokus. Hasilnya menunjukkan butiran wajah yang sangat jelas, ton kulit semula jadi dan latar belakang kabur yang menyerlah seperti hasil kamera profesional.
Seterusnya, untuk AI Super Zoom, kami mencuba menangkap imej puncak Menara kuala lumpur dari paras tanah. Pada tahap zum 100x, imej masih kekal jelas pada struktur bangunan masih dapat dilihat, menunjukkan keupayaan zoom yang luar biasa.
Bagi ujian mod malam, kami mengambil gambar suasana malam di konsert Dato Sri Siti Nurhaliza. Imej yang dihasilkan jelas, dengan kurang noise, pencahayaan seimbang dan warna yang terang serta hidup.
Tambahan pula, Magic V5 dilengkapi dengan alat penyunting AI seperti AI Eraser, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale dan Harcourt Studio, menjadikannya alat penghasilan kandungan mudah alih yang sangat lengkap.
Tiada Kompromi pada Ketahanan
Walaupun nipis, HONOR Magic V5 dibina dengan tahap ketahanan yang luar biasa. Skrin dalaman menggunakan teknologi Non-Newtonian yang akan mengeras apabila menerima impak kuat. Ini menjadikannya jauh lebih tahan lasak berbanding skrin lipat tradisional. Demonstrasi semasa sesi pre-briefing menunjukkan skrin mampu menyerap hentakan tanpa retak atau rosak.
Peranti ini juga mempunyai sistem pengesanan objek asing berkuasa AI yang mampu mengesan zarah kecil seperti pasir bersaiz 0.8mm yang masuk ke celah skrin dan memberi notifikasi awal kepada pengguna.
Paparan luaran pula dilindungi oleh lapisan Anti-scratch NanoCrystal Shield, manakala panel belakang diperbuat daripada gentian karbon khas yang digunakan dalam industri aeroangkasa. Material ini memberikan ketahanan impak 40 kali ganda lebih tinggi daripada bahan biasa. Kami juga meletakkan peranti ini di dalam beg yang dipenuhi kunci dan duit syiling untuk menguji ketahanan calar dan hasilnya, tiada kesan calar langsung.
Engsel yang digunakan adalah generasi kedua Super Steel Hinge. Ia diperbuat daripada bahan logam paling ringan dan paling kuat dalam industri, mampu menampung berat sehingga 35 kilogram. Dalam demonstrasi, tiga unit Magic V5 berjaya mengangkat sofa sambil masih boleh dilipat dan dibuka dengan lancar. Engsel ini juga telah diuji untuk menahan sehingga 500,000 kali lipatan bersamaan 100 kali sehari selama 13 tahun.
Selain itu, HONOR Magic V5 mendapat penarafan IP58 dan IP59, menjadikannya tahan air dan habuk. Perlindungan ini membantu mencegah kerosakan skrin seperti isu garisan hijau yang biasa berlaku pada telefon lipat.
HONOR Magic V5 adalah bukti bahawa telefon boleh lipat tidak perlu berkompromi dari segi bateri, kamera atau ketahanan. Ia adalah peranti yang bukan sahaja menawan dari segi reka bentuk, tetapi juga sangat praktikal untuk kegunaan harian yang lasak dan intensif. Dengan teknologi canggih dan spesifikasi termaju, HONOR Magic V5 menetapkan penanda aras baharu dalam dunia telefon boleh lipat.
Jika anda sedang mencari telefon foldable yang benar-benar “tanpa kompromi”, HONOR Magic V5 adalah jawapannya.
#HONORMalaysia #HONORMagicV5 #SlimmestWithNoCompromise