RoS Akan Bagi Keputusan Pindaan Perlembagaan UMNO 16 Julai Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan UMNO meminda perlembagaan parti akan diputuskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh ROS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama pada Khamis.

Mei lepas, UMNO sebulat suara meluluskan Pindaan Perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei, dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata ROS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat