Pelan Tindakan Bandar Hijau giat realisasikan bandar neutral karbon 2050

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan sokongan daripada Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Local Governments for Sustainability (ICLEI) bersama IMT-GT Joint Business Council (JBC) sedang giat membangunkan 14 Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCASPs).

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU, Datuk Dr. Zunika Mohamed berkata, berkata objektif permulaan utama pelan ini ialah berkongsi dengan dunia tentang pendekatan sistematik menangani isu perubahan iklim.

Justeru katanya, pihaknya meminta sokongan maksimum dan kerjasama semua pihak berkepentingan untuk merealisasikan usaha ini.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia akan membangunkan sekurang-kurangnya dua GCAPs di bawah RMK12 untuk bandar anggota BIMP-EAGA Malaysia sebagai sumbangan ke arah mempercepat pelaksanaan inisiatif bandar hijau kawasan pertumbuhan itu, sejajar dengan komitmen Malaysia menjadi bandar neutral karbon secepat-cepatnya menjelang 2050.

Susulan itu, Zunika menambah, bagi merealisasikan usaha murni ini semua pemegang taruh mesti mewujudkan visi yang jelas dan ringkas untuk masa depan bandar.

Katanya pembangunan infrastruktur bandar harus mempunyai elemen yang bersandarkan tema projek hijau dan mapan serta mempunyai ketahanan iklim.

“Kadar urbanisasi Malaysia dijangka mencapai 85 peratus menjelang 2040, permintaan untuk perkhidmatan akan meningkat, dan bandar memerlukan sumber yang luas.

“Tentunya perkembangan ini akan memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar bandar. Oleh itu, GCAPS wajar berperanan menyediakan pelan tindakan yang kukuh untuk membina masa depan yang lebih baik dan mapan untuk bandar dan penduduknya dengan mengutamakan alam sekitar,” jelasnya.

Semalam di Langkawi, GCAPs menganjurkan aktiviti yang melibatkan lebih 150 pelajar, guru dan orang kenamaan yang termasuk wakil kerajaan tempatan, agensi kerajaan, GLC dan sektor swasta bersama bertukar idea dan berkongsi pengalaman yang akan menyumbang kepada kejayaan melaksanakan dasar dan program pertumbuhan hijau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat