Kes Harian Covid-19 Di Empat Negeri Melebihi Kapasiti Maksimum Hospital – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri masing-masing sekali gus dikhuatiri akan melumpuhkan sistem kesihatan sekiranya situasi itu berterusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini keempat-empat negeri tersebut melaporkan peningkatan iaitu bersamaan lebih 38 kes harian baharu bagi setiap 100,000 penduduk.

Beliau berkata, kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini.

Menurutnya, purata kes harian selama tujuh hari bermula 30 Jun sehingga 6 Julai merekodkan sebanyak 6,539 kes serta masih tinggi berbanding nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk.

“Nilai ambang 4,000 kes harian baharu ini ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa.

“Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Putrajaya, Sarawak dan Pahang,” katanya di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, lebih membimbangkan, trend kemasukan kes ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih pada tahap tinggi dan tidak menunjukkan penurunan ketara sejak minggu epidemiologi (ME) ke-23 (6 hingga 12 Jun) hingga kini dengan jumlah penggunaan katil ICU masih melebihi 90 peratus. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat