Akaun Bank Anak Najib Yang Menghidap Kanser Tahap Empat Turut Dibekukan

KUALA LUMPUR – Selepas Nooryana Najwa Bt Mohd Najib mendedahkan akaun peribadinya serta akaun Junior Saver CIMB milik Adam Razak, bayi berusia 10 bulan yang merupakan cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan, tiga lagi anak bekas Perdana Menteri itu turut mengalami nasib yang sama.

Memetik laporan mstar, Presiden NGO Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nopr Adam memberitahu pembekuan itu melibatkan akaun milik Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar serta akaun Puteri Norlisa yang kini sedang menderita penyakit kanser tahap empat.

“Ini tidak berperikemanusiaan, dan apa yang membuat keadaan menjadi lebih teruk adalah saya diberitahu bahawa Puteri Norlisa tidak sihat dan memerlukan akses kepada akaunnya untuk membayar rawatan perubatannya,” kata Lokman,

Berita Berkaitan;-

Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib

Tindakan Israel Kuatkuasa Undang-Undang Beku Akaun Palestin Dikecam

Akaun Duit Raya RM100 Milik Cucu Najib Berusia 10 Bulan Turut Dibekukan

Mstar turut melaporkan, susulan pendedahan tersebut, Lokman atas kapasiti Presiden Pemantau Malaysia Baru telah membuat dua laporan di balai Polis dang Wangi.

Laporan pertama berkaitan tuduhan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara berterusan mendakwa Najib sejak dari 2015 hingga 2018 kononnya telah mencuri wang sebanyak RM2.6 bilion daripada 1MDB.

Manakala laporan kedua pula terhadap ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kerana didakwa bertindak membekukan lebih daripada 400 akaun bank, termasuk akaun milik keluarga terdekat Najib.

Sementara itu, blog The Third Force yang turut menulis mengenai pembekuan akaun Puteri Norlisa, melaporkan pembekuan akaun tersebut akan menjejaskan pembayaran bil rawatan penyakit kansernya.

“Akibat pembekuan, Noorlisa menghadapi kesukaran untuk mengendalikan bil bagi rawatan beliau yang didiagnosis menghidap kanser tahap-empat,” lapor The Third Force.

Sebelum ini, langkah pihak berkenaan membekukan akaun Junior Saver milik cucu Najib yang berusi 10 bulan telah mencetuskan kontroversi di media sosial.

Dalam reaksinya, SPRM menafikan telah membekukan akaun tersebut namun NGO Pemantau Malaysia Baru mendedahkan bukti surat arahan pembekuan akaun berkenaan yang kemudiannya mengundang lebih banyak kecaman orang ramai terhadap pihak berkuasa kerana bertindak tanpa kaji selidik. – SuaraTV

 

3 thoughts on “Akaun Bank Anak Najib Yang Menghidap Kanser Tahap Empat Turut Dibekukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.