Wanita Dicari Tipu Persara Kerajaan RM224,500

Seri Iskandar – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi membantu satu kes penipuan pada 2013 membabitkan kerugian RM224,500 terhadap seorang pesara kerajaan.

Dalam kejadian 10 November 2013 itu, mangsa yang juga wanita berusia 56 tahun dipercayai ditawarkan pelaburan koperasi yang tidak pernah wujud bagi pembelian peralatan dan mesin untuk keperluan pelajar di sebuah institut pendidikan di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek dikenali sebagai Norsalawati Mohd Ali berusia 43 tahun yang alamat terakhirnya di Taman Nilam Fasa 2, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bekas kakitangan institusi itu dan menawarkan pelaburan koperasi kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM224,500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di talian 05-3712222,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.