Volvo Keluarkan Kereta Elektrik

HELSINKI – Volvo yang berpangkalan di Sweden tetapi dimiliki firma dari China, Geely merancang untuk mengeluarkan hanya kenderaan hibrid dan elektrik mulai tahun 2019.

Pengumuman itu menjadikan syarikat tersebut sebagai pengeluar automatif yang pertama menamatkan pengeluaran kereta dan kenderaan utiliti sukan berasaskan enjin pembakaran dalaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Volvo, Hakan Samuelsson.

Beliau berkata, langkah itu dilakukan ekoran permintaan daripada pelanggan yang semakin meningkat.

Menurutnya, dua tahun lalu pihaknya kurang percaya terhadap penjualan kenderaan hibrid dan elektrik namun situasi kini berubah ekoran terdapat permintaan daripada pelanggan.

“Perkembangan berlaku dengan cepat, permintaan pelanggan semakin me­ningkat,” katanya, lapor Kosmo.

Sehubungan itu, Volvo akan melancarkan lima buah model kenderaan elektrik sepenuhnya antara tahun 2019 dan 2021.

Dalam pada itu, syarikat tersebut juga merancang untuk menawarkan satu rangkaian kenderaan hibrid sebagai pilihan dengan jangkaan jualan sebanyak satu juta kereta elektrik menjelang tahun 2025.

Model kenderaan jarak jauh Volvo mampu berge­rak sejauh 500 kilo­meter dengan sekali cas jika menggunakan teknologi semasa tetapi masih mencari pembekal bateri baharu yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.