Video : Tular, Mr Bean Hiburkan Pelajar Miri

Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Mr Bean.

Menerusi video yang tular di laman sosial Facebook (FB), kehadiran seorang lelaki bernama Faiket Luari, mirip pelawak popular tersebut, berjaya menghiburkan pelajar di daerah itu.

Video berdurasi 8:25 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey, dan telah ditonton lebih 745 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.

Rata-rata netizen mengagumi bakat yang ada pada lelaki itu kerana bukan mudah meniru gaya dan mimik muka, lebih-lebih lagi seperti Mr Bean.

Amirah Dyiana menulis, “Hahahah comel gila dia. Berapa tahun praktis ni untuk dapat gaya dan mimik muka seperti Mr.Bean.”

“Nyaris tertipu kerana saya ingatkan itu sebenarnya Mr Bean yang betul tetapi rupanya lelaki itu cuma klon dia. Apapun tahniah kerana dapat membawa watak sama seperti Mr Bean.” Tulis Ikram Akmal.

Difahamkan, kehadiran Mr Bean ke sana merupakan satu projek tanggungjawab sosial korporat bagi mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.