Video: Bangsar Bergema Sorakan Peminat Kareena Kapoor

KUALA LUMPUR: Peminat Kareena Kapoor, 36, membanjiri Jalan Telawi Bangsar seawal dari jam 5 petang lagi bagi menyaksikan aktres kesayangan mereka hadir bersempena pembukaan Juiceco Malaysia.

Ketibaan Kareena pada jam 7.30 itu disusuli dengan tepukan dan sorakan dari peminatnya yang hadir

Kunjungan wanita yang baharu lima bulan menyandang gelaran ibu kepada bayi comel diberi nama Taimur Ali Khan Pataudi ke Kuala Lumpur itu adalah yang ketiga selepas julung kali menjejakkan kaki ke sini pada 2007.

Dua tahun lalu, sekali lagi Kareena bertandang ke negara ini bagi merasmikan pelancaran sebuah kedai emas di Jalan Masjid India hingga membuatkan kawasan terbabit sesak dengan pengunjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.