Raja Petra Mengaku Cipta Konspirasi Palsu Rosmah Bom Altantuya

Blogger, Raja Petra Kamaruddin mengakui pendedahannya mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2008 adalah usahanya untuk menggagalkan lantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau ditemui Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang memberitahunya bahawa Dr Mahathir pada awalnya mahu melantik Ahli Parlimen Gua Musang itusebagai Perdana Menteri, tetapi akhirnya memilih Najib disaat-saat akhir.

“Pada 2006 kami membuat perjanjian bersama Mahathir bahawa kami (‘kami’ bermakna blogger dari kedua-dua belah pihak pecahan politik) untuk bekerjasama dengannya bagi menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menggantikannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tidak lama kemudian pada Pilihan Raya Umum 2008 Tengku Razaleigh memanggil kami untuk berjumpa bagi memberitahu bahawa Mahathir telah mempermainkan kami semua. Dia (Mahathir) tidak mahu melantik Tengku Razaleigh untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sebaliknya, Najib yang akan jadi Perdana Menteri,” ujarnya dalam temubual bersama portal The Third Force.

Jelasnya, antara blogger yang bertemu Tengku Razaleigh termasuk Nik Azmi Nik Daud (Bul), Aspan Alias dan beberapa lagi individu yang tidak dinamakannya.

Kata Raja Petra, sebagai usaha untuk memburukkan nama Najib yang pada itu menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah, beliau mencipta persepsi bahawa isteri Najib, Rosmah, telah membunuh Altantuya.

“Dan pada masa itulah mereka merancang untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Memandangkan Razak Baginda dikaitkan dengan Najib maka ianya tidak terlalu sukar.

“Apa yang kami perlukan adalah sebuah cerita yang hebat untuk mengaitkan ‘cerita hebat’ itu dengan isteri Najib, Rosmah Mansor, berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh dan tubuhnya diletupkan dengan C4,” ujarnya menghuraikan rancangan berkenaan.

Tambahnya, usahanya memburukkan Najib pada 2008 tiada kaitan dengan keperibadian Najib, tetapi sebagai usaha untuk menggagalkan usaha Dr Mahathir untuk menjadikan Najib sebagai pengganti Tun Abdullah.

“Kami menyokong Mahathir untuk menyingkirkan Abdullah kerana Mahathir katakan Tengku Razaleigh akan menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tetapi bila Mahathir mempermainkan kami dan ingin menjadi Najib sebagai Perdana Menteri, kami cuba menghancurkan Najib supaya dia akan hilang kelayakan dan Tengku Razaleigh masih boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya lagi.

Jelasnya, beliau kini kembali menyokong Najib selaku Perdana Menteri setelah Tengku Razaleigh membiarkan dirinya terperangkap dengan pelan dirancang mereka bersama dan tidak membelanya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya katakan kepada mereka sekiranya mereka menghantar askar untuk menjalankan tugas, dan sekiranya askar tersebut menghadapi masalah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan askar tersebut dan tidak membiarkan dia dibunuh.

“Tengku Razaleigh dan penyokongnya, walaubagaimanapun, melepaskan tangan saya dan malah enggan bertemu dengan isteri saya setelah saya ditangkap.

“Isteri saya menjadi sangat marah sehingga menyumpah Tengku Razaleigh dan bercakap perkara buruk terhadap Nik, yang tidak sesuai untuk diulangi disini,” katanya lagi.

Kaitan Palsu Najib, Rosmah dan Altantuya

Menceritakan lanjut berhubung rancangan  ‘mengkambing hitamkan’ kes Altantuya, Raja Petra berkata tugasnya adalah untuk mencipta Akuan Bersumpah (SD) palsu untuk meyakinkan lagi ‘cerita’ berkenaan.

Katanya, tiada siapa ingin membuat SD palsu ekoran jika didapati bersalah individu berkenaan akan dimasukkan ke penjara.

“Sekiranya saya ditangkap dan didakwa menandatangani SD palsu, Nik akan mengemukakan laporan Risikan Tentera untuk menyokong saya, yang boleh digunkan sebagai bukti untuk menyokong apa yang saya katakan dan membuktikan saya bercakap perkara benar.

“Saya tidak akan didakwa diatas menandatangani SD palsu, tetapi diatas Pamalsuan Jenayah, namun, apa yang dipanggil sebagai ‘laporan Risikan Tentera akan membantu saya, yang boleh digunakan sebagai bukti mengatakan saya bercakap benar’ tidak muncul. Alasan Nik adalah mereka sudah memusnahkan fail tersebut dan bukti sudah tidak lagi wujud,” dedah Raja Petra.

Ikuti pengakuan penuh Raja Petra menerusi artikel The Third Force di sini.

The Third Force interview with Raja Petra Kamarudin

– mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.