Kumpulan Pemikir Dakwa Arab Saudi Biaya Dana Keganasan

LONDON – Sebuah kumpulan pemikir mendakwa pembiayaan asing untuk aktiviti keganasan di Britain sebahagian besarnya datangnya dari Arab Saudi.

Menurut AFP, Bagaimanapun, Kedutaan Arab Saudi di sini menyangkal dakwaan itu yang ‘dikategorikan palsu’, lapor Kosmo.

“Pada ketika entiti di serata Teluk dan Iran didapati bersalah menaja keganasan, mereka di Arab Saudi tanpa diragui berada pada kedudukan teratas senarai,” kata seorang felow kumpulan pemikir Henry Jackson Society, Tom Wilson dalam satu kenyataan.

Menurut badan pemikir dasar asing yang berpangkalan di London itu, Arab Saudi sejak tahun 1960-an ‘menaja berjuta-juta dolar untuk mengeksport doktrin pergerakan Wahhabi di negara Islam di seluruh dunia terma­suk komuniti masyarakat Islam di Barat’.

Laporan itu mendakwa, pembiayaan dari pada Arab Saudi dilakukan dalam bentuk sumbangan kepada masjid-masjid yang kemudian menjadi pusat kepada pendakwah ekstremis.

Laporan itu juga mendedahkan beberapa pendakwah di Britain melanjutkan pelajaran di Arab Saudi iaitu sebagai sebahagian daripada program-program biasiswa yang diterima.

Menurut satu kenyataan kepada Perbadanan Penyiaran British, Kedutaan Arab Saudi di London mendakwa tuduhan itu adalah ‘dikategorikan palsu’.

“Kami tidak membiarkan tindakan atau fahaman keganasan ekstremis berlaku. Kami tidak akan berhenti sehingga mereka yang menyimpang dan organisasi (mereka) dimusnahkan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Henry Jackson Society menggesa penggubalan undang-undang baharu yang memerlukan masjid-masjid dan institusi keagamaan Islam lain supaya mengumumkan pembiayaan asing.

Badan itu juga mendesak satu siasatan awam berhubung pembiayaan asing untuk keganasan, sekali gus menambah tekanan kepada pihak kerajaan yang setakat ini enggan menerbitkan laporan sendiri mengenai pembiayaan asing keganasan.

Arab Saudi adalah rakan dagang terbesar Britain di Asia Barat dengan nilai eksport menjangkaui AS$8.4 bilion (RM36 bilion) dalam bentuk barangan dan perkhidmatan Britain ke negara itu pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.