Kisah Anjing Jadi Panas Minggu Ini

Minggu ini, perkataan anjing jadi popular di media sosial. Satu sebab bela anjing, satu lagi disebabkan penyakit anjing gila telah mengorbankan dua kanak-kanak di Sarawak.

Dan kebetulan pula, ketika berita mengenai penyakit anjing gila atau Rabbies ini berlaku di Sarawak, viral pula satu video mengenai seorang individu bermesra dengan anjing.

Hinggakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terpaksa mengeluarkan kenyataan tegas bahawa umat Islam yang memegang anjing dengan sengaja tanpa tujuan munasabah adalah haram serta bercanggah dengan pe­­gangan mazhab dan uruf (kebiasaan) serta adat di Malaysia.

Entah apa yang seronoknya membela anjing. Baik bela kucing, dah la comel, tidak pula ia menyalak dan bunyi bising. Air liur kucing pun terjaga.

Zaman dulu orang membela anjing untuk dijadikan sebagai `bantuan’ untuk menjaga kebun tetapi kini mungkin ada yang berpendapat membela anjing untuk menakutkan pencuri.

Namun seorang kawan ada memberitahu, kalau nak bagi anjing tu diam dan tidak menyalak, bagi je binatang berkenaan makan sardin. Lemparkan je tin sardin, maka berebut la anjing itu untuk makan. Setakat mana kebenaran tidak diketahui kerana penulis sendiri pun tidak pernah mencubanya apatah lagi mahu mendekati anjing.

Jakim telah mengeluarkan hukumnya, maka terpulang kepada si empunya badan mahu mengikutnya atau tidak. Bagi kita pula, abaikan isu anjing itu kerana banyak lagi isu lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian.

Kalau bertekak dengan pencinta anjing ini, memang mereka tidak mahu mengalah. Bagi kita yang tahu akan hukumnya, baik bela kucing sahaja. Nabi pun sayangkan kucing. Baginda Nabi telah berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Penyakit anjing gila memang ada tapi tak pernah pula mendengar penyakit kucing gila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.