Izara Aishah & Anak Datuk K Ikat Tali Pertunangan

SELEPAS tiga tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan selebriti iaitu Izara Aishah dan Adib Khalid mengikat tali pertunangan pada petang Jumaat.

Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Adib, 27, menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Ibu kepada Adib, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham bersama beberapa lagi rombongan pihak lelaki turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Difahamkan, keluarga Adib terlebih dahulu merisik Izara, 25, sebelum melangsungkan majlis pertunangan.

Izara kelihatan anggun dengan persalinan berwarna kuning kelihatan ceria pada hari bahagianya itu manakala rombongan pihak lelaki sedondon dengan pakaian berwarna coklat.

Izara bagaimana pun tidak menjawab penggilan daripada mStar Online untuk berkongsi berita gembira itu.

Adib merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Tune Studios. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.