Guru Meninggal, Anak Menangis Tanpa Suara

KULAI – Seorang guru ditemui meninggal dunia ketika berada dirumahnya bersendirian bersama dua orang anaknya.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Rohana Rezuan dikatakan baru sahaja menghabiskan pantang selepas melahirkan anaknya secara pembedahan.

Beliau yang mengajar di  Sekolah menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil di sisi anaknya oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja pada 8.30 malam kelmarin.

Ketika beliau ditemui  oleh suaminya , anak – anaknya sedang menangis sehingga tidak mengeluarkan suara.

Ketika itu beliau baru sahaja pulang dari kerja dan terkejut melihat isteri dan anak-anaknya.

Lebih menyedihkan apabila anaknya menyusu ketika guru tersebut sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika lelaki itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.

“Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.

“Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

“Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga,” ujarnya.

Namun menurut individu terdekat, beliau meninggal akibat daripada jantung bengkak dan berair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.