Dari ‘Teman Lelaki Upahan’, Kini Menjadi Suami

Ia seperti kisah yang dibaca dalam novel cinta atau drama yang ditonton di televisyen.

Seorang wanita yang terdesak, mencari seseorang untuk menyamar sebagai teman lelakinya, namun akhirnya ‘lakonan’ itu menjadi realiti apabila mereka benar-benar saling jatuh cinta dan berkahwin.

Kedengaran seperti dongeng zaman moden, hakikatnya itulah yang berlaku kepada Llia Apostolou. Wanita dari London itu, pada tarikh 7 Julai 2014, memuat naik status berikut ke akaun Twitter.

Apostolou ketika itu mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman ke majlis perkahwinan kakaknya. Malah, dia juga mahukan seorang kanak-kanak untuk menyamar sebagai anaknya.

Tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian, tetapi ramai dapat mengagak kerana majlis perkahwinan, bagi sesetengah wanita bujang, merupakan acara yang memberi tekanan kerana perlu berhadapan dengan pelbagai soalan kurang enak berkenaan hal peribadi.

Seorang lelaki, Phil Gibson kemudiannya membalas tweet tersebut dengan menyatakan kesudiannya menjadi ‘teman lelaki upahan’ Apostolou.

Dari situlah, segalanya bermula. Dan tiga tahun kemudian, pada 4 Julai lalu, pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, kata Apostolou, rancangan untuk membawa Gibson sebagai temannya ke majlis perkahwinan kakaknya itu terpaksa dibatalkan.

Pun begitu, mereka bertemu janji untuk kali pertama pada minggu yang sama majlis perkahwinan itu berlangsung.

Pasangan itu kini sedang berbulan madu dan belum bersedia melakukan temuramah dengan mana-mana agensi media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.