Daler Tiada Niat Jahat Sentuh Dada Saya Kata Nelydia

KUALA LUMPUR ― Aktres Nelydia Senrose menjelaskan pelakon baru Daler Yusof tidak berniat jahat atau ambil kesempatan terhadap dirinya.

Menurutnya, pelakon lelaki itu “terpegang bahagian dada Nelydia” ketika menaiki motosikal dalam babak drama “Encik Suami Mat Salleh Celup,” lapor Metro.

Rakaman babak itu, yang asalnya dimuatkan di Instagram Daler, menular di media sosial sehingga beliau didakwa mengambil kesempatan.

“Sebenarnya insiden itu tidak disengajakan kerana saya yang menekan brek motosikal secara mengejut.

“Saya juga percaya Daler juga tiada niat jahat atau cuba mengambil kesempatan pun.

“Maklumlah, saya juga baru kali pertama bawa motosikal dan fokus saya supaya kami tidak cedera ketika menjayakan babak itu,” katanya.

Menerusi video itu pelakon lelaki itu mendepakan tangannya sebelum Nelydia menekan brek sehingga membuatkannya terperanjat dan memeluk secara spontan.

Sehubungan itu, Nelydia berharap pengguna media sosial tidak memperbesarkan isu tersebut, walaupun berasa malu video itu tersebar.

Beliau berkata pelakon Daler turut memohon maaf kepadanya dan telah memadam video itu daripada laman Instagramnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.