Blackberry KeyOne Mula Dijual Pada Harga RM2,688

Pihak Brightstar telah mengesahkan Blackberry KeyOne hadir secara rasmi di Malaysia dengan harga RM2,688.

Menurut laporan portal Crackberry, telefon pintar KeyOne mengekalkan rekaan papan kekunci fizikal QWERTY dan ia sepenuhnya beroperasi pada Android 7.1 Nougat.

Didatangkan skrin 4.5 inci HD penuh bersama kamera Sony 12 megapiksel di belakang dan lapan megapiksel untuk kamera depan.

Sehubungan itu, KeyOne turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori sebesar 3GB Ram dan storan 32GB

Dalam pada itu, ia dikatakan menjadi menjadi telefon Android paling selamat di dunia ekoran menggunakan aplikasi keselamatan DTEK.

Bateri sebesar 3505 mAh dijanakan menbuatkan KeyOne punyai kadar kapasiti bateri yang mampu bertahan agak lama, setanding dengan peranti premium yang lain.

Tempahan atas talian kini telah dibuka menerusi laman Lazada atau 11Street, dan setiap tempahan yang bertuah, akan menerima satu eksesori percuma daripada pihak Brightstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.