‘Abang Ipar Saya Cuba Buat Sehabis Baik Untuk Keluarganya’

Kematian menghayat hati ibu berpantang bersama dua anaknya ditemui dalam keadaan kaku di atas katil dalam rumah mereka di Taman Puteri bersama dua anaknya yang berumur 19 bulan dan kira-kira sebulan itu dipersoalkan netizen.

Rata-rata mereka mempersoalkan mengapa Siti Rohana Redzuan, 36, itu dibiarkan berpantang sendirian?

Sehubungan itu, Siti Mariam Mahmud yang merupakan biras arwah Rohana tampil memberi penjelasan di akaun Facebooknya berharap agar netizen tidak lagi meletakkan kesalahan terhadap abang iparnya.

“Allahu..saya sebagai biras arwah sangat sedih membaca komen-komen kalian yang suka hati buat andaian. Ada yang meletakkan 100% kesalahan atas abang ipar saya.

“Kalian tiada pada situasi tersebut janganlah buat seperti keluarga kami tiada perasaan. Abang ipar saya cuba buat sehabis baik untuk keluarganya,”tulisnya.

Terdahulu, difahamkan suami Siti Rohana yang berumur 35 tahun bekerja sebagai pemandu lori pergi bekerja pada hari sama kira-kira jam 6.30 pagi ketika isterinya sedang nyenyak tidur.

Malah, mayat arwah Rohana ditemui dalam tempoh beberapa jam sebelum suaminya pulang dari kerja jam 8.30 malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu berkata, Rohana dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua mereka.

Katanya, ketika suaminya sampai di rumah, didapati mangsa berada di atas katil dalam keadaan kaku.

“Pihak Hospital Kulai yang hadir di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Razak berkata, semasa kejadian, kedua-dua anak mereka berada di kiri dan kanan mangsa dalam keadaan terjaga.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai bagi tujuan pengesahan punca kematian.

“Bedah siasat dijalankan pada jam 10 pagi hari ini dan mengesahkan punca kematiannya disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.