Suami Isteri Direman Bantu SIasatan Kes Dera Bayi

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan kes dera bayi berusia empat bulan di sini baru-baru ini.

 

Pasangan tersebut yang merupakan ibu bapa kepada bayi berkenaan, Putri Wafa Mohd. Saifudin baru-baru ini membuat laporan polis setelah bayi mereka didapati tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bandar Perdana di sini, Rabu lalu.

 

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.