Pembunuhan Pengasas AmBank Tiada Kaitan Dengan Akaun Bank

TAK keluar lagi apa-apa dokumen untuk membuktikan sejumlah besar wang di masukkan ke dalam akaun kononnya milik Perdana Menteri di Ambank, kini keluar lagi satu cerita konon pembunuhan pengasas bank itu, Hussein Ahmad Najidi pada tahun lepas, ada kaitan dengan akaun tersebut.

 

Kononnya, tindakan Hussein melaporkan anamoli dalam transaksi akaun berkenaan ke Bank Negara sebagai punca kepada pembunuhan tersebut.

 

Ini semua cerita karut.  Orang yang percaya dan menyebarkan berita palsu ini patut dikenakan tindakan tegas dan dalam masa yang sama diberikan hidayah dari Tuhan supaya jangan bodoh sangat.

 

Setakat apa yang kita ketahui, pembunuhan Hussein ada kaitan dengan pembangunan di kawasan tanah dimana terletaknya sebuah rumah ibadat, bukan kerana melaporkan apa-apa kepada Bank Negara!!  Suspek pun dah ditangkap dan didakwa.

 

Lagipun, fakta menunjukkan Hussein tidak lagi terlibat dengan Ambank sejak lebih 15 tahun dulu, tidak ada sebab kenapa sebarang anamoli berkaitan akaun tersebut (kalau pun wujud), nak dikaitkan dengannya.  Laporan ke Bank Negara ini pegawai bank tertentu pun boleh buat, pengasas atau tidak apa kena mengena?

 

Menjadi pengasas bank bukan bermaksud semua urusan bank dia kena buat, apatah lagi bila dah tak terlibat dengan pengurusan bank itu lagi.  Logik mudah macam ini pun ada juga manusia yang tak boleh nak fikir.

 

Jadi hentikanlah cerita-cerita bohong ni, bawak mengucap dan bawak bertaubat. Ambil contoh Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dan seorang anggota PAC dari PKR, yang mengambil pendirian tidak percaya dengan dakwaan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak logik. – MyKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.