Peguam Najib Sediakan Dokumen Tuntutan Saman Terhadap WSJ

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam proses menyediakan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dow jones, penerbit Wall Street journal (WSJ) berkaitan tuduhan mengaitkan Najib dengan penyaluran dana RM2.6 bilion.

 

Laporan Mstar Online yang memetik sumbernya menyebut selepas selesai urusan dokumen itu tindakan perundangan dan saman tersebut akan difailkan di Amerika Syarikat, negara di mana WSJ didaftarkan.

 

Menurut sumber itu lagi, barisan peguam yang terlibat juga akan mendapatkan pandangan peguam yang berpangkalan di New York yang pakar berkaitan kes melibatkan saman fitnah.Graphic WSJ - Akaun Tutup 30 Ogos 2013

 

“Kami masih menyiapkan aspek perundangan sebelum menghantar surat kepada Dow Jones,” kata sumber itu.

 

Dalam laporannya sebelum ini WSJ mendakwa siasatan terhadap 1MDB yang dikatakan diperolehi dari sumber ‘penyiasat kerajaan Malaysia’ mengesan pergerakan dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

 

Dakwaan tersebut dinafikan oleh 1MDB disusuli penafian oleh Najib yang menjelaskan tuduhan itu dipercayai didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak beberapa bulan lalu berusaha menjatuhkannya.

 

Dalam perkembangan yang sama, pendedahan dokumen oleh WSJ itu mencetuskan pendebatan hangat di media sosial apabila terdapat percanggahan maklumat penting dalam dokumen yang dimaksudkan.

 

Akaun yang didakwa kepunyaan Najib seperti dilaporkan oleh WSJ dan Sarawak Report (SR) telah ditutup sejak 30 Ogos 2013 namun dokumen yang didedahkan menunjukkan berlakunya penyaluran dana wang berjumlah RM42 juta pada 26 dan 27 Disember 2014 serta 10 Februari 2015.

 

Percanggahan penting tersebut menimbulkan keraguan umum terhadap sejauh mana kesahihan dakwaan oleh WSJ dan SR yang sebelumnya menyebut berlaku penyaluran dana berjumlah AS700 juta dalam akaun yang sama pada 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.