“ROZANA DALAM KESAKITAN YANG TERAMAT SEMASA GAMBAR DIRAKAMKAN” – HALIZA MISBUN

Sebagai kakak, pelakon Haliza Misbun turut diminta memberi komen tentang kes yang terjadi kepada adiknya yang didakwa telah dibelasah oleh suaminya sendiri iaitu Awie.

Haliza turut menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah insan yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar adiknya Rozana Misbun yang teruk dibelasah kepada pihak media. isteri-awie-dibelasah

“Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan. Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yang merakamkan gambar-gambar tersebut.

“Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

“Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif.” jelas Haliza Misbun.

Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang.

http://www.ohmedia.my/2014/07/haliza-misbun-respon-isu-adik-dibelasah-awie.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.