Luis Suarez Ke Barcelona Dengan Nilai £63 Juta

LIVERPOOL dan Barcelona hampir mencapai kata sepakat berhubung pemindahan Luis Suarez ke kelab Sepanyol itu pada Jumaat.

Siaran Televisyen Sepanyol melaporkan, kedua-dua pasukan berkenaan kini telah bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £63 juta.

Berikutan itu, Suarez akan diberikan kontrak selama lima tahun dan disenarai sebagai pemain keempat menerima gaji tertinggi di Barcelona dibelakang Lionel Messi, Neymar dan Andres Iniesta.

Pada masa sama, Liverpool tetap meneruskan rundingan bagi mengintai peluang mendapatkan Alexis Sanchez.

Arsenal telah menyatakan minatnya terhadap Sanchez dengan memberikan tawaran gaji, tetapi Manchester City, United dan Juventus juga berminat terhadap kebolehan pemain Chile itu.

Sanchez dijangka akan ke Barcelona dalam tempoh terdekat untuk membincangkan masa depannya.

Pengumuman mengenai penghijrahan Suarez ke Barcelona pula dijangka akan dibuat pada Isnin.  

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/07/05/suarez-barcelona/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.