Kaki Terputus Kena Langgar

IPOH – Tindakan seorang pejalan kaki melintas lebuh raya dalam keadaan mabuk membawa padah apabila kaki kanannya terputus selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 275 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini kelmarin.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 dan berasal dari Star Park di sini mengalami kecederaan serius selepas kaki kanannya terputus akibat rempuhan kuat.

Menurutnya, mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dilaporkan stabil.

“Kita menerima laporan daripada pengadu yang memandu kereta ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, dia terlanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas dari kanan ke kiri,” katanya.

Wan Sharuddin berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa telah mabuk di rumah sebelum berjalan kaki ke tempat kejadian dan menyatakan ingin pergi ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan kaki kanannya selepas tersedar di hospital dan doktor mengesahkan kecederaan dialaminya itu adalah akibat impak kuat ketika kejadian.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kaki-putus-dilanggar-kereta-1.296975

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.