Ghazali Angkat Sumpah SU Politik Najib

Putrajaya – Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ghazali, 60, sebelum ini pernah menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.