Debat : Prabowo Gagal Kawal Kemarahan

JAKARTA 6 Julai – Joko Widodo (Jokowi) yang tampil pada pusingan akhir debat Presiden dan naib Presiden di sini semalam, melenyapkan segala kritikan dan pandangan serong segelintir pihak terhadap kemampuannya sebagai calon Presiden.

Dengan penuh yakin, gaya Jokowi berkongsi misi dan visinya saling tidak ubah seperti beliau sudah dipilih sebagai Presiden baharu Indonesia sedangkan Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden akan berlangsung pada 9 Julai ini.

Seorang lagi calon Presiden, Prabowo Subianto pula pada masa-masa tertentu gagal mengawal kemarahan terutama ketika terperangkap dengan soalan-soalan yang dikemukakan Jokowi-Jusuf Kalla.

Bahkan, situasi bertambah tertekan apabila pasangannya, Hatta Rajasa pula yang cuba bertanya soalan dengan hasrat untuk memalukan Jokowi, akhirnya termalu sendiri.

Hatta cuba memalukan Jokowi dengan bertanya mengenai kejayaan yang dicapai Gabenor Jakarta dan Wali Kota Solo itu.

Malangnya, soalan yang ditanya Hatta kepada Jokowi tidak tepat iaitu kenapa Solo dan Jakarta gagal memenangi Anugerah Alam Sekitar Kalpataru sepanjang kedua-dua kota itu di bawah pentadbiran Jokowi.

Sepatutnya, Hatta merujuk kepada Anugerah Alam Sekitar Adipura untuk soalan itu.

“Kami tidak akan menjawab soalan itu kerana anda bertanyakan soalan yang salah,” kata Jusuf membidas Hatta. – UTUSAN

 http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140707/lu_05/Debat-Prabowo-gagal-kawal-kemarahan#ixzz36kHdHbdW 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.