Bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor Tinggalkan Parti

JOHOR BARU: Bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez meletak jawatan daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas jawatankuasa negeri merujuk beliau kepada jawatankuasa disiplin kebangsaan berhubung reaksi negatif di Facebook miliknya.

Dalam satu surat ringkas kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, Fernandez berkata beliau ‘tidak lagi berkongsi idealisme dan hala tuju pemimpin parti itu.

Dalam surat tersebut yang diedarkan kepada media pada Isnin, Fernandez berkata, untuk terus mengekalkan keahliannya akan menghalang kebebasan beliau dalam menyuarakan pandangan dan kritikan, khususnya apabila DAP terus bersama PAS.

 

Fernandez mencetuskan kontroversi apabila menggesa pengundi untuk menolak PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu dengan menegaskan negara tidak boleh memperjudikan risiko masa depan negara bersama parti Islam itu.

Setiausaha DAP negeri, Gan Peck Cheng berkata, satu mesyuarat telah diadakan pada 5 Julai lalu menyaksikan 18 daripada 20 ahli jawatankuasa negeri mengundi usul untuk merujuk Fernandez kepada panel disiplin manakala dua lagi tidak mengundi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Gan berkata komen Fernandez di Facebook menjejaskan imej parti di mata masyarakat.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/07/norman-fernandez-dap/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.