Ah Long Salah Rumah

KLUANG – Sepasang suami isteri terkejut melihat pintu rumah dan kereta mereka disimbah cat merah dalam kejadian, 20 Jun lalu.

Pemilik yang hanya ingin dikenali Taufik Ahmad, 52, berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika mahu keluar bekerja sekitar jam 6.30 pagi.

Sebelum itu, sekitar jam 3 pagi, dia ada terdengar bunyi objek dibaling di hadapan rumah pusaka keluarga isterinya itu tetapi tidak diendahkan.

Menurutnya, dia dan isteri kini bimbang dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga selain terpaksa menanggung kerugian lebih daripada RM5,000 bagi membaiki kerosakan dialami.

Jelasnya, sebelum insiden simbah cat itu berlaku, dia ada menerima sekeping kertas bertulis ‘Pinjam Wang Bayar Hutang’.

“Saya ingat kertas yang diletakkan di tepi pintu rumah ini sekadar gurauan atau mainan budak-budak sahaja, tetapi tidak sangka selepas dua hari pintu pagar rumah dan kereta di simbah cat merah,” katanya kepada Sinar Harian, di rumahnya di Kampung Kurnia, Felda Ayer Hitam, di sini, semalam.

Tambahnya, nota kertas yang pernah diterimanya sebelum ini juga ada tertulis nama seorang wanita dan dia mula mensyaki perbuatan tersebut dilakukan ah long.

Tegas Taufik, dia sekeluarga tidak pernah meminjam wang dengan ah long dan mereka telah salah rumah.

“Saya tahu orang yang mereka cari ada di kampung ini, tetapi bukan beralamatkan rumah saya.

“Saya harap orang yang meminjam wang dengan ‘ah long’ ini dapat bayar balik pinjaman tersebut kerana saya risau kami akan menjadi mangsa lagi,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut selain meminta ah long terbabit memeriksa dengan teliti sebelum bertindak kerana ia mendatangkan ketakutan kepada orang lain yang tidak terlibat.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/ah-long-salah-rumah-1.297115

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.