Lepas Hina Agong, Isham Dakwa Blog Kena Sabotaj

KUALA LUMPUR – Penulis politik pro Pakatan Harapan (PH), Hishammudin Rais mendakwa laman blognya digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia yang lebih dikenali sebagai Isham Rais awal pagi tadi berkata akan membuat laporan polis berhubung tindakan tersebut.

“HOTT HOTT – TERNOW – KENYATAAN ISHAM RAIS – blog tukar tiub kena SABOTAJ lagi – sebelum PRU14 tak boLeh masuk – sekarang ada yang menerbus masuk BUAT kacau – ini kerja sapa? TUKAR TIUB akan buat laporan polis hari ini bersama PEGUAM – sila ikuti perkembangan -TK” ujarnya ringkas melalui laman Twitter.

Isham Rais sebelum ini dibidas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina dan melemparkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melalui laman blog www.tukartiub.blogspot.com.

Tidak cukup dengan itu salah satu entri yang dimuatnaik melalui blog yang sama turut cuba mengaitkan YDP Agong dengan penyalahgunaan najis dadah.

Bagaimanapun entri tersebut di hapuskan setelah printscreen mengenainya tersebar di media sosial.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati, rata-rata penguna membidas kenyataan tersebut sambil menyifatkannya sedang menghidap ‘Sindrom Kecut Telur’.

Terdahulu Kadir Jasin dalam catatan blog peribadi turut menyerang YDP Agong dengan mendakwa kira-kira RM257 juta telah digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi baginda dalam tempoh 16 bulan.

Beliau berkata secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Beberapa NGO sebelum ini membuat laporan polis bagi mendesak mereka yang tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan telah menerima tiga laporan polis berhubung isu terbabit.

Fuzi juga memberitahu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah, hasutan dan juga mengikut kesalahan melanggar Akta Komunikasi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.