Kenyataan Media Dato Armand Azha Exco Pemuda UMNO Malaysia

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Pertama saya ingin menyatakan *sokongan tak berbelah bahagi pada institusi Raja-Raja Melayu dan berdiri teguh mempertahankan kedaulatan* institusi Raja-Raja Melayu agar terus tidak tercalar dengan mainan politik kebencian.

Jika kita lihat kebelakangan ini *pemimpin pakatan “Goverment Of The Day” mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mencalarkan imej Raja-Raja Melayu* secara terbuka. Saya bersama sahabat2 UMNO menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. *Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja* Berperlembagaan di negara ini.

Serangan pertama dikeluarkan oleh *Kadir Jasin secara terbuka dalam mempertikaikan kuasa Institusi Raja-Raja Melayu dilihat sebagai satu ancaman* sengaja ditanam dengan tujuan menghakis rasa taat setia rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Melayu

Tapi apa yang lebih mendatangkan kemarahan pada saya dan sahabat-sahabat adalah penulisan kurang ajar *aktivis Pakatan Harapan Hishamuddin Rais diblog beliau “Tukar Tiub” yang secara terbuka memfitnah dan mengaibkan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung* Perlu ke Hishammuddin Rais keluar ayat begini rupa pada DYMM Seri Paduka
http://tukartiub.blogspot.com/2018/06/agong-kuat-berjubo.html

Bila blog beliau viral, *saya dapati beliau telah memadam artikel beliau kerana saya yakin beliau takut akan kebangkitan Rakyat untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan akan mengurangkan sokongan rakyat pada Kerajaan Pakatan*.

Bagi saya dan sahabat-sahabat melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara.

UMNO berdiri teguh bersama Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak yang melibatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 (1), kedudukan Raja-Raja Melayu seperti Perkara 38, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 dan kedudukan Hak-Hak Istimewa Orang-orang Melayu seperti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Insyallah hari ini saya akan bersama-sama *Pasukan Pemantau Kerajaan Malaysia Baru membuat laporan polis terhadap Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais * di *Balai Polis Shah Alam pada jam 5ptg* ini dan akan bersama dalam *himpunan DAULAT TUANKU pada hari Jumaat* ini di Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

*Ayuh kita bangkit mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai rakyat Malaysia.*

Ikhlas

*Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah*
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
10.10pagi
7 Jun 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.