Isham Rais Hina Agong, Anwar Bidas Penyokong Kerajaan

KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan penyokong kerajaan yang menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.

Beliau berkata bukan sahaja kata-kata tersebut boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu.

Terdahulu penulis politik pro Pakatan Harapan (PH), Hishamuddin Rais atau lebih dikenali dengan Isham Rasi di lihat menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com turut dilihat melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap Seri Paduka Baginda.

“Untuk tempoh 16 bulan, RM256.9 juta kita belanja untuk jaga Agong. Agong yang dilaungkan sebagai berjiwa rokyat. Jumlah ini bersamaan RM16.250 juta sebulan atau lebih setengah juta sehari.. mentedarah apa Lu Ya Ampoon,” tulisnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Isham yang juga merupakan seorang aktivis politik turut cuba mengaitkan YDP Agong dengan penyalahgunaan najis dadah.

“Woit berjuta-juta ni duit beli syabu atau beli ice? Saja tanya jangan marah,” soalnya sambil memuatnaik keratan blog Datuk A Kadir Jasin.

Bagaimanapun dia kemudiannya memadamkan kenyataan tersebut lewat malam tadi, setelah printscreen mengenainya tersebar di media sosial.

Terdahulu Kadir Jasin dalam catatan blog peribadi turut menyerang YDP Agong dengan mendakwa kira-kira RM257 juta telah digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi baginda dalam tempoh 16 bulan.

Beliau berkata secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Ekoran kenyatan-kenyataan yang disifatkan sebagai biadap itu beberapa NGO dilaporkan akan membuat laporan polis dan himpunan Rakyat Pertahankan Raja Melayu esok bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.