Video: PM Umum 2.2 Juta Penerima BR1M Dapat Dekoder MYTV

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan seramai 2.2 juta orang penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan menerima dekoder MYTV.

Dekoder MYTV yang bercirikan  televisyen terestrial digital (DTT) atau dikenali sebagai myFreeview akan diagihkan secara berperingkat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Ia adalah penambahan daripada dua juta dekoder yang diberikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd sekali gus menjadikan 4.2 juta isi rumah mendapat dekoder,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena  pelancaran Penyiaran Digital MyFreeview di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Dalam pada itu Najib turut menegaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma kepada rakyat.

“Berbanding negara-negara maju serta tetangga di Asean, Malaysia merupakan satu-satu negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Pengguna boleh membeli dekoder berkenaan daripada peruncit elektronik di seluruh negara.

Penonton boleh mengakses sembilan stesen percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV AlHijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel, serta tambahan empat stesen radio RTM dan beberapa akan lebih banyak saluran akan ditambah pada perkhidmatan DTTV pada masa hadapan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.