Video : Berang Di ‘Prank’ Shahrukh Hampir Tumbuk Pengacara

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan sangat marah ketika di’prank’ dalam sebuah program.

Aksinya yang dirakamkan menerusi satu video menjadi viral di India dan negara Timur Tengah bagi sebuah rancangan prank yang dihoskan oleh pelawak Mesir, Ramez Galal di padang pasir Dubai.

Menerusi rakaman itu Shah Rukh bersama beberapa krew dibawa menaiki sebuah pacuan empat roda yang tiba-tiba tenggelam di kawasan pasir jerlus.

Dua daripada krew itu lemas dan tinggal Shah Rukh bersama seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri masing-masing sambil berteriak meminta tolong.

Kemudian, mereka didatangi oleh seekor biawak komodo gergasi yang sebenarnya cuma kostum dipakai pengacara televisyen tersebut.

Ketika identiti itu didedahkan, Shah Rukh ternyata berang dan sejurus diselamatkan, dia hampir menumbuk wajah pengacara terbabit.

“Ini semua mengarut! Aku dibawa ke sini dari India semata-mata untuk buat perkara ini?” jerit Shah Rukh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.