TPM Arah Polis Henti Buru Pesalah Trafik Di Rumah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menangguhkan operasi memburu pesalah trafik dari rumah ke rumah.

Katanya, beliau faham keadaan semasa di mana rakyat dibebani kos sara hidup yang semakin meningkat dan ada keutamaan lain yang perlu dibayar.

“Tetapi pada waktu sama, janganlah lakukan kesalahan trafik.

“Jadi bila ada perimbangan, maka kadar kemalangan akan turun, jumlah saman yang dikeluarkan juga turun,” katanya semasa berucap dalam Program Penerapan Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Tahun lepas katanya, sebanyak 5.3 juta saman trafik dikeluarkan tetapi hanya 3.9 juta sahaja daripada jumlah itu dibayar oleh pesalah trafik.

Beliau pada masa sama turut mengumumkan Op Selamat sempena perayaan Aidilfitri akan diteruskan untuk kali ke-11, dan berharap statistik kemalangan dan kematian akibatnya dapat menurun tahun ini. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.