Tahniah Saharul Ridzwan & Deena Emir Dapat Anak Sulung Lelaki

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira itu diumumkan sendiri pelakon Kau Aku Kita itu menerusi laman sosial Instagram miliknya @saharulridzwan.

Menerusi sekeping foto dan kapsyen yang dimuat naik satu jam yang lalu, pelakon berusia 28 tahun itu melahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi sulungnya.

“Syukur, tak payah kapsyen panjang buat masa sekarang ini. Saya mahu layan momen paling indah ini dulu. Terima kasih semua, anak lelaki baba dah panggil,” katanya

Peminat turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak sulung mereka.

Saharul dan Qaabila mendirikan rumah tangga pada 16 Septmeber 2016.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.