Rain Tolak Tawaran Filem X-Men

Pelakon dan penyanyi Rain dilaporkan menolak tawaran untuk berlakon dalam filem X-Men.

Perkara itu didedahkan oleh rakan pelakonnya yang juga penerbit filem Uhm Bok Dong iaitu Lee Beom Soo dalam satu temubual baru-baru ini.

Sehubungan itu, menurut Beom Soo, Rain sepatutnya berlakon dalam filem itu namun jadualnya bertembung dengan penggambaran Uhm Bok Dong yang hanya berakhir pada Ogos depan, lapor mStar.

“Saya sangat menghormati pada Rain kerana dia sanggup menolak tawaran Hollywood semata-mata mengotakan janjinya.

“Pihak produksi X-Men dijangka memulakan penggambaran pada Julai namun filem kami hanya selesai pada Ogos.

“Jadi dia mengambil keputusan menolak dan tidak mahu bersikap tamak,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.