Perodua Alza Rempuh Restoran Mamak

Sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna hitam meluru masuk ke dalam restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa sehingga mencemaskan pelanggan.

Kejadian itu berlaku di bandar Georgetown, Pulau Pinang sekitar pukul 11 malam tadi ketika beberapa pelanggan sedang seronok menjamu selera.

Difahamkan, kenderaan itu yang dipandu oleh seorang lelaki yang cuba mengelak daripada melanggar seorang penunggang motosikal sebelum terbabas.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan cuma salah seorang daripada pelanggan restoran yang terkenal di Pulau Mutiara itu cedera ringan.

Dalam pada itu, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, semua pelanggan tercengang sejurus kemalangan itu berlaku dan kemudiannya membantu mengeluarkan lelaki berusia 26 tahun daripada kenderaan tersebut.

Dua rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Penang Kini malam tadi telah ditonton lebih 900,000 kali dan mendapat lebih 8,000 perkongsian.

Netizen rata-ratanya meluahkan kekecewaan terhadap pemandu yang cuai hingga membahayakan nyawa orang awam yang sedang menjamu selera.

“Tolong dakwa pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang awam. Dia memandu laju!” saran Rohani Osman.

“Pemandu begini patut dipenjara 20 tahun dan lesen ditarik seumur hidup. Baru berbaloi dengan apa yang dia buat,”kata Taro Minami, lapor AstroGempak.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai, Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemalangan itu mendapati restoran tersebut berada dalam keadaan berselerak.

Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.